Pengalaman Bersalin (Part 1)




Alhamdulillah..semuanya dh slamat..saya telah melahirkan Syarifah Aleesya bt Syed Mohd Adib secara caesarian pada hari Khamis jam 4.36pm..semuanya bermula apabila check-up di Hospital Pantai Puteri pada awal bulan 4..semasa scan dilakukan, baby berada dalam keadaan songsang (breech)..masa tu, kandungan sudah 8 bulan lebih..selama ini, tak pernah songsang plak..hurmm..ingat nak lahirkan secara normal, tapi apakan daya, kita hanya mampu merancang, Allah menentukan segalanya..yang penting, semuanya selamat..

Kedudukan baby saya songsang ni, dengan kepala di atas dan kaki di bawah, seolah2 baby ni sedang memeluk ibu dia..ada nurse yg bergurau kata baby ni sayang ibu dia sebab tu dia songsang..hehehe..Dr Anjalai (Dr Pakar) memberi nasihat, tidak ada cara lain utk membantu supaya baby kembali pada kedudukn normal, cuma dengan cara menundukkan kepala ke lantai (senang kata seperti bersujud) selama 10 minit pada pagi dan petang..baby ni ada peluang lagi utk berpusing balik sebelum 36 minggu (waktu baby dh stabil)..saya hanya dpt melakukannya hanya skali sahaja..hanya mampu berdoa supaya baby kembali ke kedudukan normal..tp, apabila check-up dilakukan pada 37 minggu di Klinik Kesihatan Tg Malim, baby masih songsang..dan doktor refer terus ke Hospital Slim River utk berjumpa Dr Pakar di sana pada 27 April..

Semasa scan, baby masih songsang dan Dr bagi 2 pilihan..samada Dr Pakar akan tolong pusingkan balik baby (maybe cara mengurut kot), atau trus pilih caesar..masa tu, saya tidak dapat jwb..apa2 hal, kena tanya suami dulu kan..suami pun x dpt buat keputusan dan mtk sya tanya kepada mama..saya pun call dan mama pun x dpt buat keputusan..ktorg panik xtau nk pilih yg mana..kalo ikutkan hati, memang nk bersalin normal, tp..risikonya ada jika smasa Dr Pakar pusingkan baby, ada 2 risiko yg akan terjadi..pertama, baby akan lemas atau uri akan terpisah dari rahim..so, kalo salah satu ni terjadi, Dr akan terus wt emergency caesar.. bila pikir balik, ktorg setuju utk terus melakukan caesar..tp, kami memilih utk bersalin di Hospital Ipoh berdekatan dgn rumah mama dan mak mertua..so, doktor tu bg surat refer ke Hospital Ipoh..

Pada 5 Mei 2010..biasa la, patient memang ramai, lama jgk la tunggu..tp, sebagai staf kerajaan yg juga dalam Kementerian Kesihatan Malaysia, kami fhm dan hanya bersabar menunggu..free je pun x payah bayar ape2..so, doktor pun scan dan baby still songsang lg..paling lewat kena operate pada hari jumaat 7 Mei 2010..dan oktor pun semak senarai nama pesakit yg akan dioperate pada hari jumaat dh ada 3 org..dan pada hari Khamis, baru seorg..dan saya request utk operate pada jumaat tp tak dpt..dan doktor suruh operate pada hari esok (khamis) dan petang ini juga kena masuk wad..

Bersambung...

0 comments:

Lilypie Pregnancy tickers